kejayaan emas

kejayaan emas
emas untuk dijual... murah dari pasaran : harga terkini boleh dilihat di page KEDAI EMAS

Wednesday, January 5, 2011

Emas membangun ekonomi ummah

Assalamualaikum wbt..

Bila kita tengok trend emas 2 -3 hari kebelakangan ini agak menurun harganya, tapi inilah masa yang paling sesuai buat semua orang untuk membeli emas.

Emas adalah salah satu medium di mana kita dapat menambah simpanan tanpa disedari, mula2 memang rasa mahal, tapi bila kita tahu manfaatnya, masyallah... memang hebat kuasa ALLAH swt yang mencipta segalanya, maha pencipta.

Sambil menyimpan, emas juga tidak langsung dapat meningkatkan ekonomi ummah, terutamanya kepada tanah air yang tercinta ini. Ini kerana dalam menghadapi ketidaktentuan sistem kewangan global, usaha menjadikan dinar emas sebagai penjelasan dagangan pelbagai hala, sepertimana yang pernah dikemukakan oleh bekas Perdana Menteri YABhg Tun Dr. Mahathir Mohamad suatu ketika dahulu, wajar dipergiatkan semula.

Penggunaan dinar emas, yang mempunyai nilai intrinsik dan stabil terhadap aktiviti spekulasi, sebagai perantara dagangan boleh membantu negara-negara Islam mengurangkan kesan ketidaktentuan dan susut nilai matawang fiat yang menjadi perantara utama dalam perdagangan antarabangsa. Walau bagaimanapun, oleh kerana rakan dagang utama negara-negara Islam ialah negara-negara maju, seperti Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah dan Jepun, yang terikat dengan status quo sistem ekonomi dan kewangan semasa, adalah wajar penggunaan dinar emas dilaksanakan secara selektif antara rakan dagang negara Islam.

No comments:

Post a Comment